Penamat Kehidupan.

Ialah mati. Kan? Aku post pasai benda ni sebab aku teringat arwah sepupu aku yg dah pergi buat selamanya. Kembali pada pemilik-Nya setelah dipinjamkan buat kami semua. Seriously, ni kali pertama aku hilang orang yg sangat related dgn aku, Boleh cakap, dia sepupu aku yg paling rapat sebab sebelah abah aku dia dgn aku cuma beza setahun jaa. Aku tua setahun. 

Hari Jumaat 9 Januari.

Baru balik kerja. Dalam kereta.

Ibu : Kakak, esok cuti kan. Ibu ingat nak ajak abah pi lawat Kak Eah (nama panggilan arwah) sebab abah cakap Kak Eah dah makin teruk. Dokter pi tambah ayaq kat rumah.

Aku : Hm boleh jugak lagipun kakak dah lama tak jumpak dia.
 
Malam 9 Januari.

Ibu ketuk pintu bilik.

Ibu : Kakak, ibu cuma nak habaq Kak Eah dah takdak.

Aku : *Tergamam, Allah.

Aku tutup balik pintu bilik cuba nak hadam apa yg ibu aku cakap tu. Ya Allahhh baru petang tadi cakap nak pi lawat dia. Ya, aku cuma boleh lawat tubuh yg kaku. Sebenarnya arwah dah derita kanser otak since dia darjah lima lagi. Cuma, aku terkilan lama tak jumpak dia sebab aku memang busy dengan hal sekolah bcs last year was very hard. 

Esok tu aku pi tengok arwah. Aku tengok sendiri masa dia dikafankan, letak dalam keranda sampai masuk liang. All. Allahhh insaf, Sungguhh ingatkan diri aku yg aku jugak akan melalui apa yg aku tengok sekarang ni. Arwah anak bongsu and only a girl in her family. Bayangkan apa yg mak ayah dia rasa. Sedihnya hanya Allah yg mengetahui. Tapii orang yg bertanggungjawab uruskan jenazah cakap, tenang tengok muka arwah. Suci. Saat cakap benda ni dekat mak arwah. Dia hanya senyum sambil lap air mata. Aku yg tengok ni pun dah tak tahan rasa sedih apatah lagi mak dia kan. 

Ya Allah, moga kau beri kekuatan utk mereka.

Aku juga akan melalui. Aku bersediakah? dengan panggilan yg tidak tahu tarikhnya, Bersediakah kita? Allah.

Menanti di barzakh- FarEast

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


Cuba hayati. Aku tengok dan aku dapat rasa bila dengar lagu ni. Hmm. Semoga dia tenang di sana.
Al-Fatihah.

p/s : Post sekadar perkongsian. Tiada nawaitu lain. Moga Allah redha.




Ter!ma Kas!h Daun Keladi Sudah Baca Like Sekali (^-^)